Hari ini sinar cahaya matahari tidak seperti semalam. Ya, tampak langit mendung.
Zara baru balik dari mendobi dua bakul besar semua cadar, selimut dan sarung sarung bantal Homestay yang dimiliki oleh suaminya. Sambil menyidai kain kain tersebut diampaian dia merenung langit berkali kali. Mengharap semoga jemurannya sempat kering sebelum hujan turun.
Semalam berlalu, dengan mentari yang bersinar. Zara ada tugasan lain, yang perlu dibereskan. Itu menyebabkan dia menangguh dobinya. Mahu atau tidak, dia harus selesaikan tugasan ini, hari ini juga. Jika ditangguh esok mungkin ada tugasan lain yang mendatang, fikir dibenak hatinya.
Alhamdulillah, langit belum mencurahkan airnya sehingga ke petang. Sempatlah kain kain di ampaiannya kering sebelum hujan turun. Zara menarik nafas lega, mensyukuri nikmat Yang Maha Berkuasa. Sedangkan suaminya mengharap turunnya hujan setelah menanam anak anak pokok pagi tadi. Teringatlah pula dia ayat al quran yang bermaksud, Allah yang menurunkan air hujan dari langit menurut sukatan (yang diperlukan),lalu dengar air itu Dia hidupkan negeri yang mati (tandus).
Wednesday, July 8, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment