Wednesday, July 8, 2020

Mendung Pagi

Hari ini sinar cahaya matahari tidak seperti semalam. Ya, tampak langit mendung.
Zara baru balik dari mendobi dua bakul besar semua cadar, selimut dan sarung sarung bantal Homestay yang dimiliki oleh suaminya. Sambil menyidai kain kain tersebut diampaian dia merenung langit berkali kali.  Mengharap semoga jemurannya sempat kering sebelum hujan turun.

Semalam berlalu, dengan mentari yang bersinar. Zara ada tugasan lain, yang perlu dibereskan. Itu menyebabkan dia menangguh dobinya. Mahu atau tidak, dia harus selesaikan tugasan ini, hari ini juga. Jika ditangguh esok mungkin ada tugasan lain yang mendatang, fikir dibenak hatinya.

Alhamdulillah, langit belum mencurahkan airnya sehingga ke petang. Sempatlah kain kain di ampaiannya kering sebelum hujan turun. Zara menarik nafas lega, mensyukuri nikmat Yang Maha Berkuasa. Sedangkan suaminya mengharap turunnya hujan setelah menanam anak anak pokok pagi tadi. Teringatlah pula dia ayat al quran yang bermaksud, Allah yang menurunkan air hujan dari langit menurut sukatan (yang diperlukan),lalu dengar air itu Dia hidupkan negeri yang mati (tandus).




Saturday, May 11, 2013

Peristiwa sedih di kebun

Salam,
apa yang berlaku hari ni? peristiwa sedih di kebun senggang. Mak dan abah pergi ke sana lepas minum pagi di rumah. Mak membaja, abah pula menebas. Tebas, punya tebas abah terjatuh ke dalam parit. Separuh badan dalam air. Jenuh juga nak naik balik ke darat. Habis basah dompet dan handset.Sedihnya... Mak yang minta abah tebas kat situ, tepi  parit sebab rumputnya terlalu tinggi menutupi pokok sawit. Tak sangka pulak sampai terjatuh.

Mak sudahkan menebas, lalu kami balik ke rumah dalam pukul 10 pagi. Wah! penatnya hari ni. Lepas mandi, solat terus terbaring. Pukul 11.30, turun bawah ke dapur. Kak atiq sedang memasak tengah hari. Mak pula mengemas dalam kabinet dapor. Berbagai bagai benda tak tersusun.

Bila kak long dan minah sampai rumah, bawa seplastik botol kosong. So, kami pergi jual botol-botol plastik, dapat le rm 2.50. So belanja beli aiskrim malaysia.Dapat le 6 batang.


Monday, July 25, 2011

Memori daun pisang

Tak tingin balik kampung ke tahun ni, hanif?


Friday, October 23, 2009

Rindu...

Salam buat KAMY wa aulad..saje cube2 gunakan profile sendiri..musim haji dah tiba..bila kite nak ke sane lagi? Harap dapat ke sana sekeluarga suatu hari nanti..AMIIN...alamak! skemanye ayat..haha anak penulis le katekan ;)

Wednesday, July 29, 2009

8 Syaaban 1430

Pukul empat pagi, emak dah terjaga. Abah dah bangun, minta mak urut pinggangnya, sakit katanya. Setelah diurut mak turun bawah masak nasi goreng untuk bersahur. Hari ini mak dan maryam berpuasa.

Sebelum bersahur sempat mendongak ke langit untuk bermunajat. Apa saja yang dihajati, hanya pada Illahi emak pohonkan. Semoga anak-anak semua berada di landasan yang lurus. Harapan emak agar anak-anak berjuang meninggikan syiar Islam. Emak sedar amanah yang dipikul ini sungguh berat dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan besar. Semoga kita semua mendapat nikmat syurga di akhirat sana.

Teringat semula perjalanan kerja semalam. Dari pukul 9.00 pagi ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat hingga pukul 2.30 petang baru sampai di kuale. Lewat pula solat zohornya. "Ya Allah terimalah solatku hingga ke langit ketujuh" emak berdoa. Semasa azan berkumandang, mesyuarat masih berjalan. Rasa bersalah menjawab azan tetapi tidak bangun untuk melaksanakannya. Selalunya emak solat diawal waktu. Wahai anak-anak emak yang disayangi semua, usahakanlah solat diawal waktu. Banyak kelebihannya ke atas orang-orang yang solat di awal waktu. Istiqomah dengan amalan soleh ini, walaupun ianya kecil.

Sunday, July 26, 2009

bakar ikan talapia

Mak balik usrah dari rumah mak cik aisyah bawa ikan talapia 1 kilo lebih. Apa lagi, abah kata kita makan ikan bakar malam ni. Ikan tu mak beli dari pak cik amran. Dia seorang usahawan yang gigih. Selain itu pak cik amran bagi kami semua, buah rambutan dari pokok tepi rumahnya. Sungguh manis dan berair rambutannya. Syukur pada Illahi emak masih dapat rasa nikmat ini. Jika mak dah tak ada gigi, tentu sekali nikmatnya tiada.

Abah ajak abdul buat unggun api dekat tempat sidai kain belakang rumah. Emak siang ikan sebanyak 7 ekor. Kemudian waktu magrib masuk, kami solat. Yang uzur tu bakar ikan. Lepas solat, kami makan nasi putih dan ikan bakar bersama air asam. Ditambah lagi dengan udang bakar. Oleh kerana serbok kunyit dah habis, udang dilumur dengan rempah kari. Rupanya bila makan enak sungguh terasa rempah dibakar. Itu saja resepi kami sekeluarga malam tu. Tiada sayur tiada kuah . Nikmat Tuhan yang manakah yang emak nak dustakan. Jika mak dah sakit terlantar tentu sekali nikmatnya tiada.

Begitulah anak-anak emak semua, kita jangan jemu-jemu memuji dan memuja Allah. Hanyalah Dialah yang terpuji. Kita semua hak Dia. Jika Allah tarik nikmatNya daripada kita, walaupun kecil, ataupun sedikit, walaupun kita masih hidup namun hidup ini tak bahagia.

Coretan kisah pada 25.7.09

Thursday, July 23, 2009

sibuk ke menyibuk!

Mak terjaga dengan penuh rasa syukur.jam di dinding bilik baru pukul 5.20 pagi. terus bangun dan masuk bilik air. hari ini mak nak hantar kak long ke taiping. dia ada kursus di kg. jana. janji pukul 6.30 pagi nak bertolak. tunggu punya tunggu dah 6.45 pagi kak long tak sampai lagi. emak terus ke rumahnya, nampak dia muncul dari asrama. kesiannya banyak betul tugasan kak long. nak pergi kursus macam-macam nak selesaikan. maklumlah nak tinggalkan 'anak-anak' seramai 74 orang.

Lega sampai di tempat kursus pukul 7.30 pagi. Nak patah balik ke kuala dalam masa 30 minit. Namun tak tercapai. Emak dah bajet, jika pergi awal , inshaAllah boleh sampai kuala sebelum pukul 8 pagi. Walau bagaimanapun syukur selamat sampai.

Masuk pejabat siapkan laporan ringkas projek sebab ada mesyuarat tapak pukul 10 pagi di sungai siput. Pukul 12 tengah hari mesyuarat tamat. Sampai kuala lebih kurang pukul 12.45 th. singgah sraf untuk bayar yuran sekolah dan yuran tuisyen. terus bagi borang permohonan idrisiah dan ta'ayah.

Sampai rumah pukul 1 th. Imah sedang memasak. Masuk waktu terus solat zohor dan pukul 2 ptg. masuk pejabat. Siapkan laporan projek naiktaraf rumah kanak-kanak sultan abdul aziz pula. Mesyuarat tapak mula pukul 3 petang. Banyak isu dan mesyuarat tamat pukul 5.25 ptg.

Dalam perjalanan pulang dapat 'call' dari abdul razak, minta emak datang ke asrama.So terus ke rumah kak long sebab imah bagi mesej minta ambil dia di situ. Lalu solat asar di sana. Lepas usai solat terus ke madid bawa cup cake untuk abdul dan aminah.

Gembira sungguh aminah dapat cup cake. Abdul pula kata tak cukup sebab dia nak makan dengan kawan-kawan. Itu je rezekinya. Terima je lah.Tengah sembang, dapat call dari maryam tanya pasal kunci rumah. abah dah balik dari ipoh, nak masuk. pukul 6.30 ptg kami pulang ke rumah.
Wahai tuhanku, yang Maha Pengasih lagi Penyayang, rahmatilah diri ini pada hari ini.