Pukul empat pagi, emak dah terjaga. Abah dah bangun, minta mak urut pinggangnya, sakit katanya. Setelah diurut mak turun bawah masak nasi goreng untuk bersahur. Hari ini mak dan maryam berpuasa.
Sebelum bersahur sempat mendongak ke langit untuk bermunajat. Apa saja yang dihajati, hanya pada Illahi emak pohonkan. Semoga anak-anak semua berada di landasan yang lurus. Harapan emak agar anak-anak berjuang meninggikan syiar Islam. Emak sedar amanah yang dipikul ini sungguh berat dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan besar. Semoga kita semua mendapat nikmat syurga di akhirat sana.
Teringat semula perjalanan kerja semalam. Dari pukul 9.00 pagi ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat hingga pukul 2.30 petang baru sampai di kuale. Lewat pula solat zohornya. "Ya Allah terimalah solatku hingga ke langit ketujuh" emak berdoa. Semasa azan berkumandang, mesyuarat masih berjalan. Rasa bersalah menjawab azan tetapi tidak bangun untuk melaksanakannya. Selalunya emak solat diawal waktu. Wahai anak-anak emak yang disayangi semua, usahakanlah solat diawal waktu. Banyak kelebihannya ke atas orang-orang yang solat di awal waktu. Istiqomah dengan amalan soleh ini, walaupun ianya kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment