Mak balik usrah dari rumah mak cik aisyah bawa ikan talapia 1 kilo lebih. Apa lagi, abah kata kita makan ikan bakar malam ni. Ikan tu mak beli dari pak cik amran. Dia seorang usahawan yang gigih. Selain itu pak cik amran bagi kami semua, buah rambutan dari pokok tepi rumahnya. Sungguh manis dan berair rambutannya. Syukur pada Illahi emak masih dapat rasa nikmat ini. Jika mak dah tak ada gigi, tentu sekali nikmatnya tiada.
Abah ajak abdul buat unggun api dekat tempat sidai kain belakang rumah. Emak siang ikan sebanyak 7 ekor. Kemudian waktu magrib masuk, kami solat. Yang uzur tu bakar ikan. Lepas solat, kami makan nasi putih dan ikan bakar bersama air asam. Ditambah lagi dengan udang bakar. Oleh kerana serbok kunyit dah habis, udang dilumur dengan rempah kari. Rupanya bila makan enak sungguh terasa rempah dibakar. Itu saja resepi kami sekeluarga malam tu. Tiada sayur tiada kuah . Nikmat Tuhan yang manakah yang emak nak dustakan. Jika mak dah sakit terlantar tentu sekali nikmatnya tiada.
Begitulah anak-anak emak semua, kita jangan jemu-jemu memuji dan memuja Allah. Hanyalah Dialah yang terpuji. Kita semua hak Dia. Jika Allah tarik nikmatNya daripada kita, walaupun kecil, ataupun sedikit, walaupun kita masih hidup namun hidup ini tak bahagia.
Coretan kisah pada 25.7.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment